Pelajar Di 11 Sekolah Sekitar PJ Nikmati Bas Percuma

Diterbitkan: Jumaat, 11 September 2015 10:22 AM

Laluan bas percuma di 11 sekolah terpilih sekitar Petaling Jaya.

(Ubah saiz teks)

PELAJAR di 11 sekolah di sekitar Petaling Jaya akan menikmati pengangkutan bas percuma pada waktu pagi bermula 1 Oktober ini.

Ini merupakan berita baik kepada mereka yang menggunakan perkhidmatan bas awam ke sekolah kerana perkhidmatan bas percuma disediakan khusus kepada para pelajar.

Tujuan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyediakan perkhidmatan bas percuma adalah memberi kemudahan kepada mereka yang tinggal di PJ Selatan untuk mengelakkan pelajar daripada berebut dengan orang ramai yang pergi bekerja di awal pagi.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain berkata perkhidmatan bas percuma itu akan membantu keluarga mereka memaksimumkan perbelanjaan isi rumah dan mengurangkan beban kewangan ibu bapa dalam keadaan ekonomi pada hari ini.

"Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, beberapa pelajar terpaksa berjalan kaki dari Taman Dato Harun di Jalan Kelang Lama menuju ke SM La Salle di Jalan Gasing.

"Jadi, apabila saya mendengar masalah mereka pada bulan lalu, saya memutuskan MBPJ perlu membantu ibu bapa di PJ Selatan untuk mengatasi masalah tersebut," katanya.

MBPJ menyasarkan untuk menampung seramai pelajar yang boleh menggunakan pusat pengambilan dan lokasi drop-off terdekat dengan sekolah pada waktu pagi.

Perkhidmatan bas tersebut dijadualkan bermula pada pukul 6 pagi meliputi jarak 16km ke semua 11 sekolah dari hab bas yang terletak di Jalan 3/2 PJ Selatan.

Jarak perjalanan dianggarkan mengambil masa selama 55 minit.

Mohd Azizi berkata kutipan taksiran majlis tersebut perlu diberikan semula kepada rakyat.

"Pengangkutan bas sekolah percuma adalah harga kecil untuk dibayar tetapi ia memberi manfaat besar kepada golongan berpendapatan sederhana dan rendah," katanya.

Antara sekolah yang terpilih adalah Sekolah Rendah Agama Kampung Medan 1 dan 2, SK Petaling Jaya, SK Jalan Selangor 1 dan 2, SK Assunta 1 dan 2, SMK Assunta, SK dan SMK La Salle, Catholic High School, SK Alam Shah 1 dan 2, SMK Sultan Abdul Samad, SK Sri Petaling 1 dan 2 serta SMK (L) Bukit Bintang.

Tags / Kata Kunci: PJ Selatan , bas percuma

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan