Dua Pelajar Melayu Duduki Peperiksaan UPSR Kertas Tamil

Diterbitkan: Khamis, 10 September 2015 10:20 AM

Muhammad Khair Alie (kiri) bersama Vethanayagan dan Muhammad Zulkarnain.

(Ubah saiz teks)

MUAR: Dua pelajar Melayu di sebuah sekolah rendah menduduki peperiksaan kertas bahasa Tamil sebagai subjek tambahan selain daripada lima mata pelajaran biasa Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR).

Muhammad Khair Alie Mohd Tazili dan Muhammad Zulkarnain Rasidin, kedua-duanya dari SJKT Ladang Ban Heng mengambil tujuh mata pelajaran kesemuanya.

Mereka adalah antara tiga orang murid yang menduduki peperiksaan UPSR di sekolah itu termasuk S Vethanayagan.

Bagaimanapun hanya mereka berdua sahaja murid Melayu yang mengambil kertas tersebut daripada 70 buah sekolah Tamil di negeri ini.

Bapa Muhammad Khair, Mohd Tazili Mohd Shah, 38, berkata dia bangga anaknya dapat bercakap dan membaca dalam bahasa Tamil.

"Isteri saya dan saya hanya tahu Melayu. Tetapi sebagai rakyat Malaysia, kita mahu mereka belajar bahasa lain, dan kami merasakan Tamil adalah baik.

"Anak sulung kami  tidak pernah ada masalah pemahaman bahasa Tamil  kerana  semua guru dan rakan-rakan sentiasa membimbing dan membantunya," katanya, sambil menambah bahawa  dua lagi anaknya, Tahun 2 dan Tahun 4 turut belajar di sekolah yang sama.

Sementara itu Mohd Tazili, yang bekerja sebagai pemandu traktor di ladang Felda, berkata dia amat berbangga apabila anaknya berjaya mendapat 3A dalam peperiksaan percubaannya baru-baru ini.

"Pada mulanya, ramai orang meragui apabila saya menghantar anak-anak ke sekolah vernakular tetapi saya sentiasa memberitahu mereka bahawa pendidikan boleh diperolehi di mana-mana.

"Guru besar, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa pelajar lain di anggap seperti kelaurga. Semua bersatu, "katanya.

Ditanya sama ada terdapat sebarang masalah untuk anak-anaknya bersembahyang, Mohd Tazili  berkata semua guru amat memahami, malah terdapat sebuah surau bersebelahan dengan sekolah itu.

Katanya di sekolah itu juga terdapat seorang ustaz.

Sementara itu, guru besar sekolah R. Selvam berkata, enam daripada 14 orang murid sekolah itu adalah pelajar Melayu.

Jelasnya,  sekolah yang berusia 50 tahun itu mempunyai 12 orang guru termasuk seorang guru Melayu.

Kebanyakan di sekolah rendah yang lain mempunyai lima mata pelajaran tetapi sekolah Tamil mempunyai tujuh termasuk satu kertas untuk kefahaman dan satu lagi untuk karangan.

Selvam berkata, selain daripada bahasa Inggeris dan Melayu, semua mata pelajaran lain diajar dalam bahasa Tamil.

Tambahnya, kakak kepada Muhammad Zulkarnain yang  juga pelajar di sekolah ini berjaya mencatat  keputusan 6A dalam UPSR termasuk untuk mata pelajaran Tamil sebelum ini.

Tags / Kata Kunci: UPSR , Kertas Tamil , Pelajar melayu

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan