Banyak Penerbangan Terjejas Akibat Jerebu

Diterbitkan: Khamis, 10 September 2015 4:41 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Keadaan jerebu ketika ini mengakibatkan banyak penerbangan terjejas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA).

Dengan jarak pandangan yang terhad serendah 400 meter pada pagi Khamis, sejumlah penerbangan telah dilencongkan dan dijadualkan semula.

"Oleh kerana keadaan jerebu yang teruk di beberapa bahagian di Malaysia, beberapa penerbangan ke/dari Kuching pada 10 September 2015 terjejas," menurut Penerbangan Malaysia (MAS) dalam satu kenyataan ringkas.

"Syarikat penerbangan akan memantau keadaan dan akan menyesuaikan operasi penerbangan ke/dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching apabila diperlukan," kata syarikat penerbangan itu.

Beberapa penerbangan yang terjejas termasuk dari Miri dan Kuala Lumpur. Di antaranya diarahkan untuk mendarat di Sibu.

Ia merupakan hari kedua di mana keadaan jerebu menganggu jadual penerbangan.

Pada Rabu, syarikat penerbangan negara itu mengesahkan MH2504 berhadapan kesukaran untuk mendarat.

Juruterbang membuat "pusingan" di udara berikutan jarak pandangan yang terhad.

Setakat pukul 2 petang Khamis, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) adalah 150 di Kuching, 174 di Samarahan dan 155 di Sri Aman.

Situasi semasa tidak menunjukkan sebarang perkembangan lebih baik.

Tiga bandar tersebut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat di Malaysia ketika ini.

Bacaan 174 bagi Samarahan merupakan yang terburuk setakat ini.

Keadaan jerebu di beberapa tempat di Malaysia disebabkan oleh kebakaran hutan di Kalimantan.

"Banyak bahagian Kalimantan terus diselubungi asap jerebu yang tebal," kata Pusat Meteorologi Khas Asean (ASMC) berdasarkan perkembangan terbaharunya.

"Cuaca kering di Kalimantan telah menyebabkan peningkatan titik panas di sana sejak beberapa minggu lalu," katanya.

Sebanyak 401 dan 33 titik panas dikesan di Kalimantan, masing-masing pada 4 dan 5 September.

Tags / Kata Kunci: jerebu

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan