Polis Tubuh Pasukan Khas Siasat Kekecohan Di Stadium Shah Alam

Diterbitkan: Khamis, 10 September 2015 6:34 PM

Penyokong bertindak ganas dengan membakar suar dan melempar bom asap pada masa kedua perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2019 antara Malaysia dengan Arab Saudi di Stadium Shah Alam, malam Selasa lalu. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pihak polis telah menubuhkan pasukan khas bagi mengesan individu yang terlibat mencetuskan kekecohan ketika perlawanan bola sepak pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Arab Saudi di Stadium Shah Alam pada Selasa lepas. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, pasukan itu diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah.

"Pasukan ini akan turut menyiasat bagaimana dan siapa yang bertanggungjawab membawa masuk barang terlarang seperti suar dan mercun ke dalam stadium. 

"Kita sedang meneliti rakaman insiden yang diperoleh daripada pihak polis yang bertugas, pihak media dan orang ramai," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau berkata, jumlah individu yang ditahan berhubung kekecohan itu kekal 11 orang setakat ini.  

Bagaimanapun, Abdul Samah berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan daripada penyokong Arab Saudi berhubung insiden berkenaan. 

Perlawanan tersebut terpaksa dihentikan ketika berbaki dua minit perlawanan di babak kedua ketika Arab Saudi mendahului 2-1, apabila segelintir penonton membakar dan membaling suar dan mercun roket ke kawasan padang. 

Sehubungan itu seramai 11 individu berusia antara 19 dan 36 tahun termasuk lima pelajar universiti awam dan swasta telah ditahan reman.

Tags / Kata Kunci: Stadium Shah Alam

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan