Pemuda PAS Kelantan Gesa Wakil Rakyat Nyatakan Pendirian

Diterbitkan: Khamis, 10 September 2015 11:29 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Dewan Pemuda PAS Kelantan pada Khamis menggesa mana-mana wakil rakyatnya yang dikaitkan dengan penubuhan Parti Amanah Negara (PAN) yang kini dalam proses didaftarkan, menyatakan pendirian masing- masing.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata pendirian mereka wajar diperjelaskan agar pengundi dapat membuat penilaian khususnya pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita juga mahukan Anggota Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar nyatakan pendirian beliau sama ada masih mahu bersama PAS ataupun PAN," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis pelepasan kembara 'ASEAN Rides Festival 2015 Zon Timur' di perkarangan Kota Darul Naim di sini, Khamis.

Sebanyak 150 buah motosikal berkuasa tinggi yang menyertai kembara berkenaan dilepaskan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Ahmad Fadhli mengulas mengenai dakwaan bahawa 10 orang wakil rakyat dari negeri itu dikhabarkan akan menyertai PAN dalam masa terdekat.

Ditanya mengenai pendirian PAN Kelantan yang mendakwa mereka tidak akan meletakkan calon pada pilihan raya umum akan datang di negeri itu, Ahmad Fadhli berkata PAS Kelantan akan sentiasa berwaspada.

"Gerak kerja mereka hari ini, mereka turun ke kampung-kampung, beri penerangan, menunjukkan mereka seolah ada niat untuk bertanding. Jadi bagi kita, kita sentiasa berwaspada untuk menghadapi sebarang kemungkinan kalau PAN nak bertanding di Kelantan," katanya.

Berhubung kerjasama antara PAS dan PAN pada masa akan datang, beliau berkata ia tidak mungkin berlaku kerana dasar kedua-dua parti adalah berbeza.

"Macam mana nak berbaik dengan PAS sebab mereka sendiri serpihan daripada PAS. Mereka seolah-olah menyatakan tidak setuju dengan dasar PAS itu sendiri.

"Saya kira ini hanya omong kosong daripada PAN," katanya.

Tags / Kata Kunci: Pas , Kelantan

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan