Azmin Ali Diserang DAP Kerana Ingin Bekerjsama Dengan PAS

Diterbitkan: Khamis, 10 September 2015 1:45 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dilaporkan 'diserang' oleh penolong setiausaha publisiti DAP di media sosial gara-gara ingin bekerjsama dengan PAS.

'Perang' itu bermula apabila Nie Ching terlebih dahulu menyerang Azmin dengan berkata," MB Selangor, adakah ini rakan politik yang anda cari." merujuk kepada PAS.

Azmin kemudian menggelar Teo Nie Ching bersifat 'kebudak-budakan' di laman sosial Twitter sebelum wanita itu membalasnya di Facebook.

"Ini adalah MB Selangor kami. Apabila Hadi enggan menyokong Kak Wan untuk menjadi MB Selangor, dia tidak memanggilnya kebudak-budakan.

"Bila Hadi berkata PAS akan bertanding di kerusi yang didominasi DAP dalam PRU akan datang, dia juga tidak memanggilnya kebudak-budakan.

"Apabila saya membangkitkan soalan yang mengganggu fikiran beribu-ribu penyokong, dia memanggil saya kebudak-budakan," tulis Ahli Parlimen Kulai itu di Facebook miliknya.

Beliau merujuk kepada kenyataan yang dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tahun lalu yang menolak Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Azmin, yang juga timbalan Wan Azizah dalam parti dikritik oleh Nie Ching kerana dilihat mahu  meneruskan hubungan kerja dengan PAS walaupun parti itu menolak DAP.

Pada Selasa, Azmin berkata, PKR telah membuat keputusan untuk meneruskan kerjasama dengan PAS jika pakatan pembangkang baru ditubuhkan.



Tags / Kata Kunci: Azmin Ali , PKR , DAP , PAS

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan