Alternatif Media Jangan Salah Guna Kebebasan - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Khamis, 10 September 2015 9:02 PM

Ahmad Zahid Hamidi.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, media bukan arus perdana tidak seharusnya menggunakan kebebasan berkarya hingga meruntuhkan negara.

Beliau berkata, gesaan ini bukan kerana ingin menyekat kebebasan tetapi sekadar ingatan bahawa pentingnya untuk mengendalikan organisasi media dengan penuh rasa bertanggungjawab terhadap negara dan kepentingan rakyat.

Wartawan perlu sentiasa bertanggungjawab atas segala tulisan dan pada masa yang sama memperkukuh dan meningkatkan identiti serta jati diri, katanya ketika merasmikan majlis Anugerah Tokoh Wartawan Negara 2014, di sini Khamis.

Ahmad Zahid berkata, media bukan arus perdana boleh mencontohi etika kewartawanan yang ditunjukkan media arus perdana dalam menjalankan tanggungjawab walaupun terdapat perbezaan.

"Pada hemat saya, mereka yang berada dalam dunia kewartawanan maya ini harus belajar dari etika kewartawanan media perdana.

"Walaupun berbeza pendapat, mereka (arus perdana) tetap menulis dan sampaikan dengan menjaga etika kewartawanan dengan baik. Itulah yang harus dijadikan contoh," kata Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri.

Beliau menegaskan perbezaan pendapat perlu diselesaikan dan ditangani dengan baik, tatasusila dan kebijaksaan supaya nilai-nilai harmoni dan etika dapat dijaga tanpa mengira bangsa dan agama.

Beliau mengingatkan pengamal media supaya tidak menjadi penyampai mesej yang mengadu-domba, memesongkan isu dan menimbulkan kacau bilau selain 'kering jiwa' serta tidak nasionalistik.

Katanya, ada usaha sesetengah pihak sejak akhir-akhir ini melalui media baharu untuk menggambarkan Malaysia sebagai kucar-kacir, porak-poranda dan sebuah negara yang gagal.

Selain itu, katanya, "perbicaraan media tentang betul atau salah seseorang" semakin meningkat kebelakangan ini dan ia tidak sepatutnya berlaku dan tidak beretika.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid menyampaikan Anugerah Tokoh Wartawan Negara kepada bekas Ketua Pengarang Bernama, yang juga bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Ahmad Rejal Arbee, dan wakil bekas Pengarang Bersekutu The New Straits Times, Allahyarham Zainon Ahmad.

Anugerah itu sebagai menghargai sumbangan dua wartawan veteran itu dalam bidang kewartawanan tanah air sejak empat dekad lalu Pada majlis itu, hadiah wang tunai RM30,000 serta sijil penganugerahan Tokoh Wartawan Negara Bagi Hadiah Kewartawanan Malaysia 2015 diberikan kepada Ahmad Rejal dan ahli keluarga Allahyarham Zainon.

Antara wartawan veteran yang pernah menerima anugerah berkenaan ialah Tan Sri A.Samad Ismail, Tan Sri Lee Siew Yee, Tan Sri Mazlan Nordin, bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin dan Datuk Liew Chen Chuan. 

Ahmad Rejal adalah antara pengamal media awal yang meneroka konsep media dwibahasa dan juga antara kakitangan pengasas Bernama.

Sementara itu, Allahyarham Zainon yang menerima anugerah berkenaan secara posthumus dikenali sebagai kolumnis yang sering melontarkan pandangan kritikal dalam usaha untuk menyatukan negara.

Tags / Kata Kunci: Ahmad Zahid Hamidi

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan