"Sudah Tentu Saya Akan Bantu Siasatan Polis" - Tun M - Berita Semasa | mStar

"Sudah Tentu Saya Akan Bantu Siasatan Polis" - Tun M

Diterbitkan: Rabu, 9 September 2015 12:43 PM

(Ubah saiz teks)

SUBANG: Tun Dr Mahathir Mohamad akan memberi kerjasama kepada polis sekiranya beliau dipanggil berhubung kenyataan yang dibuatnya pada perhimpunan Bersih 4.0 baru-baru ini.

Bekas perdana menteri itu berkata, beliau hanya menyedari perkara tersebut selepas membacanya di surat akhbar mengenai beliau akan dipanggil untuk memberi keterangan.

"Sudah tentu saya akan pergi. Bila polis panggil, anda mesti pergi. Itulah cara hidup di Malaysia.

"Bila polis panggil anda untuk siasatan, anda mesti pergi," katanya kepada pemberita ketika ditanya sekiranya beliau akan bekerjasama dengan polis.

Dr Mahathir yang baharu sahaja kembali dari Republik Czech bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba di Lapangan Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakat sebelum ini berkata, Dr Mahathir merupakan antara beberapa ahli politik yang akan dipanggil bagi membantu siasatan.

Khalid berkata, siasatan itu berhubung dakwaan Dr Mahathir bahawa ketua Umno bahagian menerima rasuah.

Ditanya mengenai dakwaan berkenaan, Dr Mahathir berkata, beliau mengetahui tentang isu rasuah tersebut.

"Saya tahu mereka disogok. Jangan bohong, jangan tipu. Cakap yang benar," kata Dr Mahathir.

Ditanya mengenai bantahan yang akan diadakan oleh kumpulan 'baju merah' pada 16 September ini, Dr Mahathir berkata, tiada keperluan untuk meneruskan rancangan itu.

Tags / Kata Kunci: Dr Mahathir Mohamad , Bersih 4.0
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan