'Warga Tua' Ini Cintakan Malaysia, Telah Berkhidmat Selama 32 Tahun - Rafidah

Diterbitkan: Rabu, 9 September 2015 8:09 PM

Tan Sri Rafidah Aziz

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mempertahankan kritikan beliau terhadap kumpulan penganjur perhimpunan 'baju merah', bekas Menteri Tan Sri Rafidah Aziz berkata sebagai warganegara yang prihatin beliau mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat.

"Kita tidak perlu tunduk kepada mentaliti burung unta - menyembunyikan kepala dalam pasir, namun mendedahkan badan kita," katanya di laman Facebook.

Katanya, adalah tidak patut meniru langkah pemimpin secara membuta tuli dan adalah penting untuk sama-sama membetulkan sebarang kesalahan.

"Jangan hanya berkata 'ya' kepada semua walaupun ia adalah jelas salah," katanya.

Rafidah juga berkata, rakyat tidak seharusnya terjerumus oleh sentimen yang memecahbelahkan negara.

"Tidak ada tempat di negara kita untuk sentimen sempit perkauman di kalangan mana-mana kumpulan. Tiada apa-apa mewajarkannya," katanya.

Rafidah menasihatkan generasi muda untuk belajar daripada sejarah, seperti melihat cara negara ditadbir oleh bekas perdana menteri Malaysia.

"Jangan buat sesuatu yang tidak produktif kepada rakyat dan kepentingan negara.

"Ini pesanan seorang warga tua Malaysia yang sayang akan negaranya..dan yang telah puas dapat menyumbang khidmat bakti setakat yang terdaya," katanya, sambil menambah beliau berada dalam kerajaan selama 32 tahun.


Rafidah mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang mengkritik penganjur perhimpunan itu, yang dijadualkan akan diadakan pada 16 September untuk 'membalas' perhimpunan Bersih 4.

Pihak penganjur telah membidas Rafidah, memanggilnya 'tua' dan mempunyai agenda anti-Kerajaan.

Rafidah seterusnya menggelar penganjur sebagai berfikiran cetek, dengan mengatakan bahawa beliau berada dalam Umno selama 50 tahun, dan insya-Allah akan mati sebagai ahli Umno.
Tags / Kata Kunci: Tan Sri Rafidah Aziz , baju merah

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan