11 Ditahan Cetus Kekecohan Perlawanan M'sia-Arab Saudi

Diterbitkan: Rabu, 9 September 2015 8:21 AM

Penyokong bertindak ganas dengan membakar suar dan melempar bom asap pada masa kedua perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2019 antara Malaysia dengan Arab Saudi di Stadium Shah Alam. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Polis menahan 11 penyokong bola sepak kerana mencetuskan kekecohan pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 ketika Malaysia menentang Arab Saudi di Stadium Shah Alam.

Perlawanan itu terpaksa dihentikan selepas sekumpulan penyokong membaling suar ke padang.

Ditanya sekiranya 11 yang ditahan itu merupakan sebahagian daripada penyokong Ultras Malaya, Ketua Polis Shah Alam, ACP Shafien Mamat enggan mengulas lanjut.

"Berdasarkan bagaimana kita melakukan pemeriksaan terhadap mereka yang memasuki stadium, adalah mustahil bagi mereka untuk membawa masuk barangan berkenaan tanpa dikesan oleh sesiapa.

"Mungkin objek itu diseludup masuk ke stadium lebih awal. Kita akan berhubung dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) esok (Rabu) berhubung perkara ini," jelasnya.

Shafien turut memberitahu terdapat dakwaan serangan terhadap segelintir penyokong Arab Saudi.

"Setakat ini, kita belum menerima sebarang laporan penyokong Arab Saudi diserang. Seorang duta memberitahu saya bahawa tiada penyokong Arab Saudi yang cedera," katanya sambil menambah bahawa polis akan menyiasat dakwaan tersebut.

Arab Saudi mendahului Malaysia dengan jaringan 2-1, menerusi jaringan tunggal Malaysia oleh Mohd Shafiq Rahim pada minit ke-70.

Penyokong Ultras Malaya didakwa mengadakan bantahan terhadap FAM selepas negara ditewaskan oleh Arab Emiriah Bersatu (UAE) dengan 10-0 dalam perlawanan pada Khamis lalu.

Tags / Kata Kunci: Ultras Malaya

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan