Kakitangan Mara Digesa Utamakan Integriti

Diterbitkan: Rabu, 9 September 2015 6:24 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tan Sri Annuar Musa menggesa semua pegawai dan kakitangannya agar mengutamakan konsep integriti.

Annuar yang dilantik memegang jawatan utama Mara buat penggal kedua berazam untuk membaiki imej dan prestasi Mara ke arah yang lebih baik.

"Dengan keadaan yang berlaku di sekeliling sekarang, hendaklah kita memastikan khidmat kepada rakyat menjadi impak yang lebih positif.

"Jangan berlaku perkara buruk, jangan bagi peluang kepada orang untuk mengambil kesempatan bagi kepentingan diri sendiri melalui agensi atau sebagainya. Jangan menyeleweng, rasuah atau salah guna kuasa.

"Tidak berbaloi untuk membuat perkara yang melanggar peraturan," jelasnya ketika mengadakan kunjungan ke Yayasan Pelajaran Mara (YPM) di sini, Rabu.

Dalam pada itu, Annuar berkata, anak syarikat milik Mara, YPM merupakan sebuah agensi yang dibentuk untuk membantu meringankan beban pelajar di peringkat sekolah rendah hinggalah ke tahap tertinggi.

"Di Mara program tajaan adalah lebih formal berbanding YPM yang telah banyak membantu golongan pelajar kurang berkemampuan.

"Jika seseorang pelajar itu tidak mampu untuk menyambung pelajaran ke universiti, kami di YPM akan cuba untuk meringankan beban mereka secara 'one off'.

"Kita perlukan media untuk melakukan tugas ini kerana mungkin YPM tidak menerima maklumat mengenai situasi seseorang pelajar itu.

"Media boleh membawa kes itu kepada YPM, dan dalam masa sama kita boleh bekerjasama (two way) untuk menyiarkan maklumat kepada masyarakat awam apa yang dilakukan YPM.

"Ini kerana dunia sekarang penuh dengan persepsi. Jadi kita perlu uruskannya dengan baik agar tidak timbul persepsi negatif.

"Saya percaya dengan pengurusan sedia ada di YPM, ketua pegawai eksekutif  (Datuk Abdul Karim Mustafa), ahli lembaga, serta pegawai-pegawai mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik," tambahnya.

Tags / Kata Kunci: YPM , Mara , Tan Sri Annuar Musa

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan