Kualiti Udara Tidak Sihat Kembali Ke Kuching, Samarahan Dan Sri Aman

Diterbitkan: Rabu, 9 September 2015 10:20 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Semasa kualiti udara di Melaka dan Nilai di Negeri Sembilan mula menampakkan perkembangan positif apabila tahapnya beralih dari status tidak sihat kepada sederhana sejak tengah hari tadi; Kuching, Samarahan dan Sri Aman di Sarawak pula sebaliknya merosot.

Sarawak satu-satunya negeri yang menyaksikan tahap kualiti udara tidak sihat ketika ini apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tiga kawasan berkenaan mencatatkan IPU lebih 100.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, Kuching mencatatkan bacaan IPU lebih 100 mulai pukul 5 petang apabila angkanya menjangkau 103, dan sehingga pukul 8 malam ini ia mencatatkan bacaan IPU 107.

Samarahan pula mencatatkan bacaan IPU 103 pada pukul 3 petang dan angkanya melonjak kepada 130 pukul 8 malam ini, manakala Sri Aman mulai beralih kepada tahap tidak sihat pada pukul 4 petang dengan bacaan IPU 102, dan sehingga pukul 8 malam ini angkanya naik kepada 111.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Kawasan Kuching, Samarahan dan Sri Aman diselubung udara tidak sihat selama beberapa hari bulan lepas, sebelum kualitinya kembali kepada tahap sederhana pada 25 Ogos.

Sehingga pukul 8 malam ini tiga kawasan berkenaan menyaksikan tahap kualiti udara yang tidak sihat, manakala tujuh selebihnya di tahap sederhana. 
Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.
Tags / Kata Kunci: IPU , kualiti udara , jerebu , Jabatan Alam Sekitar

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan