Henti Sebar Teori Konspirasi - Keluarga Morais

Diterbitkan: Rabu, 9 September 2015 9:28 AM

Anthony Kevin Morais.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Keluarga kepada Anthony Kevin Morais meminta orang ramai supaya berhenti menyebarkan teori konspirasi berhubung kehilangan Timbalan Ketua Bicara Dan Rayuan Jabatan Peguam Negara itu.

Abangnya, Datuk Richard Morais berkata, mereka sekeluarga amat terganggu dengan beberapa perkara berkaitan dengan Morais yang tersebar di media sosial.

"Saya berharap semua orang di luar ana dapat menghentikan teori konspirasi mengenai bagaiman dan bila adik saya hilang.

"Ia merupakan waktu yang sukar buat kami sekeluarga jadi saya berharap orang ramai dapat memahaminya dan tidak mengambil kesempatan terhadap perkara ini," katanya pada Selasa.

Richard berkata, orang ramai perlu membiarkan pihak polis untuk melakukan siasatan.

"Saya pasti mereka akan mendapat jawapan. Saya percaya polis dapat menemui adik saya," katanya.

Morais dilaporkan kali terakhir dilihat pada Jumaat lepas, meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur untuk ke pejabatnya di Putrajaya.

Beliau dikatakan memandu Proton Perdana milik kerajaan berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q.

Tags / Kata Kunci: Anthony Kevin Morais

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan