Cubaan Jatuhkan Kerajaan, Polis Buka Kertas Siasatan - KPN

Diterbitkan: Rabu, 9 September 2015 9:00 PM

Tan Sri Khalid Abu Bakar

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Kanun Keseksaan bagi menyiasat usaha menjatuhkan kerajaan Malaysia berikutan pendedahan bekas eksekutif Petro Saudi International Ltd (PetroSaudi) Xavier Andre Justo, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Justeru, beliau berkata polis akan memanggil semula Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua untuk merakam percakapan berikutan pengakuan terbarunya seperti yang dilaporkan akhbar The News Straits Times (NST).

"Tetapi kita tidak siasat berdasarkan laporan akhbar...Apa yang dia (Pua) sendiri telah sebut...jadi kami perlu memanggil dia semula untuk kami rakam percakapan lanjutannya.

"Dia (Pua) sendiri pun dah mengaku ada beberapa perkara yang masa kami  panggil hari itu dia tidak sebut, sekarang ini dia dah ingat jadi kami panggil dia semula untuk sambung percakapan," katanya pada sidang media selepas istiadat penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di sini Rabu.

Sebanyak 136 penerima yang berkhidmat ketika zaman darurat menerima pingat itu sempena ulang tahun Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas ke-77, di Dewan Sri Pinang di sini.


Akhbar NST, dalam laporan muka depan pada Rabu mendedahkan Pua mengaku memperkenalkan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, individu yang melancarkan kempen memburukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada pengurusan kanan The Edge Media Group.

Pua membuat pengakuan itu susulan kemunculan bukti siasatan kes Justo, tetapi pada masa sama menegaskan tidak mempunyai kaitan dengan kebocoran maklumat atau sebarang transaksi.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata beliau akan menghantar pegawai untuk merakam percakapan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah ketika perhimpunan Bersih 4, di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ditanya bila kenyataan Dr Mahathir akan diambil, Khalid berkata: "Kami akan lihat bila Tun Mahathir berkelapangan. Kami akan buat temu janji dengan beliau."

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan