Asean Bebas Jerebu Akan Dicapai Tidak Lama Lagi - Hamim

Diterbitkan: Rabu, 9 September 2015 9:50 PM

Datuk Hamim Samuri

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Agenda rantau Asean bebas jerebu akan tercapai tidak lama lagi berikutan wujudnya pengesahan penuh terhadap Perjanjian Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan Asean, kata Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Hamim Samuri.

Beliau berkata agenda itu juga akan menjadi kenyataan berikutan wujudnya sokongan politik daripada negara anggota Asean.

"Saya amat yakin bahawa melalui usaha kita secara kolektif hasil daripada pengesahan sepenuhnya yang diberi terhadap Perjanjian Asean mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan serta sokongan politik yang kuat daripada negara anggota Asean, agenda kita untuk menjadi 'Rantau Bebas Jerebu" akan dapat dicapai tidak lama lagi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat ke-26 Pegawai-Pegawai Kanan Asean mengenai Alam Sekitar dan Mesyuarat-mesyuarat Berkaitan di sini Rabu.

Menurut Hamim, pencemaran jerebu rentas sempadan terus merupakan antara isu paling kerap berulang dan mencabar bagi Asean dan komunitinya.

"Oleh itu, kita perlu berusaha untuk mencari penyelesaian konkrit serta mengekalkan momentum kita dalam menangani isu pencemaran jerebu rentas sempadan," katanya.
Tags / Kata Kunci: bebas jerebu , Datuk Hamim Samuri

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan