Ahmad Puzi KP Baharu APMM

Diterbitkan: Rabu, 9 September 2015 8:47 AM

Ahmad Puzi (kanan) dilantik sebagai Ketua Pengarah APMM yang baharu menggantikan Mohd Amdan (kiri) berkuat kuasa Rabu di ibu pejabat APMM pada Selasa. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar dilantik sebagai Ketua Pengarah APMM yang baharu berkuat kuasa pada Rabu.

Beliau menggantikan Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan Kurish yang bersara wajib setelah lebih tujuh tahun menerajui agensi itu sejak Mei 2008.

Majlis serah terima tugas berlangsung di ibu pejabat agensi itu di sini, Selasa disaksikan oleh tiga Timbalan Ketua Pengarah APMM daripada Bahagian Operasi, Pengurusan dan Logistik.

Dalam ucapan ringkasnya, Ahmad Puzi bertekad terus memacu kecemerlangan yang ditinggalkan Mohd Amdan bagi membawa misi dan visi APMM menjadi agensi penguatkuasaan terbaik di dunia pada 2040.

"APMM akan terus disegani dan dihormati di peringkat global seterusnya menjadi panduan kepada agensi penguatkuasaan lain berdasarkan gerak kerja yang efisien berserta beberapa pembaharuan yang bakal dilakukan," katanya.

Ahmad Puzi, 59, menyertai perkhidmatan sebagai anggota Tentera Laut pada 1978 sebelum menyertai APMM pada 2005.

Sementara itu, Mohd Amdan berkata, pelantikan Ahmad Puzi sebagai penggantinya adalah tepat kerana pengalamannya sebagai timbalan ketua pengarah operasi menjadikannya lebih memahami tindakan yang harus dibuat sebagai ketua pengarah dan menjadikan APMM sebagai sebuah agensi yang cemerlang.

Dilantik ke jawatan itu pada 5 Mei 2008, Mohd Amdan merupakan Ketua Pengarah APMM yang kedua selepas Laksamana Maritim Datuk Mohammad Nik.

Tags / Kata Kunci: Ahmad Puzi Ab Kahar , APMM

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan