Sikap Penganjur Bersih Kebudak-Budakan - Abdul Rahman

Diterbitkan: Selasa, 8 September 2015 12:13 AM

Abdul Rahman Dahlan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sikap penganjur Bersih yang enggan membayar bil pembersihan dan seterusnya mempersendakan penghantaran bil itu kepada alamat yang salah adalah kebudak-budakan, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata penganjur Bersih menegaskan mereka akan membersihkan sampah sarap mereka sendiri sebelum meninggalkan lokasi demonstrasi adalah suatu pembohongan.

Abdul Rahman berkata beliau mempunyai foto menunjukkan timbunan sampah Bersih dan kerja-kerja pembersihan yang dilaksanakan oleh pekerja Alam Flora.

"Bukan sahaja Bersih gagal membersihkan sampah mereka, ia juga tidak mampu mencegah penyokong perhimpunan itu daripada kencing merata-rata, menunjukkan sikap tidak peduli mereka terhadap kebersihan dan kesopanan.

"Saya terpaksa mengarahkan Alam Flora supaya menggandakan usaha mereka untuk menghilangkan bau hancing air kencing daripada merosakkan keselesaan rakyat Malaysia yang hadir menyaksikan perbarisan Hari Kebangsaan keesokan harinya," kata beliau dalam satu kenyataan di sini, Isnin.

Mengenai insiden kesilapan alamat itu, Abdul Rahman berkata pegawai yang cuba menyampaikan bil itu telah tiba di lokasi yang betul di Petaling Jaya tetapi malangnya mereka tersilap rumah (bersebelahan pejabat Bersih 2.0) kerana Bersih 2.0 tidak meletakkan sebarang papan tanda menunjukkan rumah yang mana merupakan pejabat mereka.

"Selepas menyedari kesilapan itu, pegawai berkenaan pergi semula ke rumah yang betul tetapi ia kelihatan tidak berpenghuni dan tiada siapa di sana untuk menerima bil berkenaan," katanya.

Abdul Rahman berkata beliau tidak tergugat dengan jenaka dan telatah Bersih 2.0, bil pembersihan itu mesti diserahkan terutamanya apabila Pengerusi Bersih 2.0 Marina Chin Abdullah berkata mereka mengumpul RM2.4 juta daripada sumbangan orang ramai bagi membantu penganjuran dan pengurusan demonstrasi haram itu.

"Saya pasti RM65,000 tidak akan menjejaskan dana Bersih yang berjuta ringgit  ," katanya.

"Jika Bersih enggan membayar, bila ada penganjuran demonstrasi haram oleh Bersih pada masa hadapan di Kuala Lumpur, mungkin saya patut melambakkan sampah di hadapan pejabat mereka. Pada masa itu, saya memberi jaminan kepada Bersih saya akan menghantar sampah itu di alamat yang betul!," kata beliau lagi.


Tags / Kata Kunci: Bersih , Abdul Rahman Dahlan

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan