Masih Banyak Kes Pembakaran Terbuka Walau Larangan Dikeluarkan

Diterbitkan: Selasa, 8 September 2015 9:30 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lebih 300 kes pembakaran hutan dan tanah gambut secara terbuka telah direkodkan di seluruh negara dari 31 Ogos hingga 4 September.

Semakan di laman web Jabatan Bomba dan Penyelamat mendedahkan bahawa terdapat 317 kes bagi tempoh tersebut.

Aktiviti ini tetap berlaku walaupun larangan pembakaran terbuka dikeluarkan di beberapa negeri.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata usaha untuk mengharamkan pembakaran terbuka di negeri-negeri seperti Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah dikuatkuasakan sejak Mac tahun lepas.

Beliau berkata notis itu melarang semua bentuk pembakaran terbuka di semua kawasan kecuali pembakaran mayat, upacara keagamaan dan barbeku.

"Perintah itu masih berkuatkuasa sehingga hari ini," katanya dalam satu kenyataan.

Dr Wan Junaidi berkata berdasarkan Model Hysplit yang digunakan Jabatan Meteorologi Malaysia untuk meramal keadaan jerebu pada 6 September, asap dari titik panas di selatan Sumatera dijangka tersebar di Selat Melaka menuju tengah Semenanjung.

"Jerebu dijangka akan melintasi seluruh Pahang dan Johor dalam tempoh 48 jam akan datang.

"Asap dari kawasan panas di Kalimantan Barat dijangka terbang ke barat Sarawak dan kemudian menuju ke arah Sabah, juga dalam tempoh 48 jam akan datang.

"Jerebu dari titik panas di Kalimantan Timur dijangka bergerak merentasi pantai timur Sabah dalam tempoh 24 hingga 48 jam akan datang," kata Dr Wan Junaidi.

Pada Isnin, tujuh lokasi di seluruh negara mencatatkan kemerosotan kualiti udara menurut laman web JAS.

Antara kawasannya ialah Muar, bandar Melaka dan juga Batu Muda dan Cheras di Kuala Lumpur.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan