Mas Ermieyati Berdebar Anak Sulung Hadapi UPSR

Diterbitkan: Selasa, 8 September 2015 2:44 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Dalam kesibukan tugas sebagai Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin tetap sama seperti ibu lain yang berdebar-debar apabila anaknya menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Selasa.

Tiba seawal pukul 7.15 pagi di Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar, Alor Gajah dekat sini bersama suaminya Mohd Helmy Abd Talib, beliau sibuk memberikan kata-kata semangat kepada anak sulungnya Muhammad Haikal Mohd Helmy, 12, dan pelajar lain di sekolah itu.

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO, berkata walaupun sibuk menjalankan tanggungjawab untuk negara, ia amat penting baginya sebagai seorang ibu memberi semangat dan perangsang kepada anaknya untuk berjaya dalam UPSR.

"Memang sebagai seorang ibu saya rasa berdebar dan gementar apabila anak sendiri menduduki UPSR, saya mahu anak saya berjaya dan menjadi contoh kepada adik-adiknya," katanya menerusi aplikasi Whatsapp kepada Bernama di sini, Selasa.

Mas Ermieyati berkata Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar itu juga tempat yang sama untuk dirinya mengambil peperiksaan UPSR pada tahun 1988.

Beliau berkata menduduki UPSR pada masa itu merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila terlewat tiba di sekolah pada hari pertama peperiksaan tersebut.

"Saya terpaksa bertukar kenderaan sebanyak tiga kali kerana kenderaan dibawa ayah saya rosak menyebabkan saya tiba lewat untuk mengambil UPSR," katanya.

Tags / Kata Kunci: UPSR , Puteri Umno

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan