Kualiti Udara Tiga Negeri, KL Bertambah Baik

Diterbitkan: Selasa, 8 September 2015 11:45 PM

Menara Berkembar Petronas masih diselubungi jerebu meskipun selepas hujan lebat pada pagi Selasa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertambah baik dengan Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) masing-masing menunjukkan penurunan setakat 8 malam Selasa.

Bagaimanapun, di bahagian Samarahan, Sarawak IPU meningkat kepada tidak sihat malam ini daripada sederhana pada tengah hari tadi.

Maklumat terkini dari laman sesawang Jabatan Alam Sekitar menunjukkan daerah Samarahan mencatatkan bacaan IPU di tahap 97 tengah hari tadi dan pada 8 malam ini meningkat kepada 104.

Bagi Semenanjung, jabatan itu mencatatkan Negeri Sembilan mempunyai bacaan yang paling teruk kualiti udaranya iaitu di daerah Nilai dengan bacaan IPU di tahap 132 diikuti Port Dickson (102) dan Seremban (100).

Tengah hari tadi bacaan IPU di Nilai ialah 138, Port Dickson (116) dan Seremban (114).

Di Melaka daerah Bukit Rambai mencatatkan penurunan satu mata kualiti udaranya daripada 124 pada tengah hari kepada 123 malam ini, manakala Bandaraya Melaka tiada perubahan iaitu 111, menurut jabatan itu.

Jabatan Alam Sekitar merekodkan daerah Banting di Selangor telah berubah kualiti udaranya daripada tidak sihat pada bacaan 107 kepada 99.

Jabatan itu juga mendapati penurunan dalam pencemaran udara di Kuala Lumpur iaitu 115 pada tengah hari di kawasan Batu Muda dan malam ini ia merekodkan 106.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Tags / Kata Kunci: Jerebu

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan