Khairy Yakin Tiada Pemimpin Parti Kena Pecat

Diterbitkan: Selasa, 8 September 2015 2:00 PM

Khairy Jamaluddin

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Khairy Jamaluddin yakin bahawa tiada siapa yang akan dipecat pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada Rabu.

"Saya 100 peratus pasti tidak akan ada pemecatan mana-mana pemimpin kanan Umno esok," kata Ketua Pemuda parti itu kepada pemberita selepas melancarkan Indeks Pembangunan Belia Malaysia 2015 di kementeriannya di sini, Selasa.

Menteri Belia dan Sukan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai spekulasi bahawa Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan beberapa pemimpin parti lain mungkin akan dipecat pada mesyuarat itu.
Tags / Kata Kunci: Mesyuarat MT Umno , Khairy Jamaluddin

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan