Tujuh Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Pada Pagi Selasa

Diterbitkan: Selasa, 8 September 2015 10:27 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tujuh kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 7 pagi Selasa.

Rujukan di laman sesawang Jabatan Alam Sekitar menunjukkan kawasan Nilai mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu 134 diikuti Bukit Rambai (127), Port Dickson (118) dan Seremban (114).

Turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat ialah Bandaraya Melaka (111), Batu Muda (Kuala Lumpur) (108) dan Banting (106).

Beberapa kawasan lain seperti Tanah Merah, Tanjung Malim, Kangar, Keningau, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Kapit, Limbang, Miri, Kuala Terengganu dan Labuan mencatat bacaan IPU baik.

Lokasi cerapan data kualiti udara yang lain merekodkan bacaan sederhana.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Tags / Kata Kunci: IPU , Jerebu

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan