PDRM Tunggu Bekas Timbalan Pengarah SB Jawab Surat Tunjuk Sebab

Diterbitkan: Selasa, 8 September 2015 4:35 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bukit Aman sedang menunggu maklum balas berdasarkan surat tunjuk sebab yang telah dikeluarkan kepada bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Abdul Hamid Bador.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, surat tunjuk sebab itu dikeluarkan kepada Abdul Hamid pada Jumaat lalu.

"Dia (Abdul Hamid) diberikan tempoh dua minggu untuk dia jawab surat tunjuk sebab.

"Saya difahamkan dia sudah diberikan surat itu pada Jumaat lalu. Kita tunggu dia jawab surat itu balik," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2014 di Bukit Aman, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan mengenai tindakan terhadap Abdul Hamid.

Bekas timbalan pengarah cawangan khas itu sebelum ini dilapor akan diberikan surat tunjuk sebab bagi memberi penjelasan berhubung tindakannya mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung pertukarannya baru-baru ini yang dikaitkan dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, sebagai pegawai polis, Abdul Hamid terikat dengan peraturan pasukan dan tidak boleh mengeluarkan kenyataan sembarangan kepada media.

Katanya, surat tunjuk sebab itu bagi memberi peluang kepadanya sebelum keperluan tindakan disiplin dan tatatertib dikenakan.


Tags / Kata Kunci: Cawangan Khas , PDRM

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan