Mesyuarat Biro Politik Umno: "Tiada Luar Biasa Berlaku"

Diterbitkan: Isnin, 7 September 2015 2:40 PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Krisis politik dalam Umno menyebabkan ramai memberikan perhatian terhadap mesyuarat Biro Politik Khas Umno di Pejabat Perdana Menteri pada pagi Isnin tetapi ia telah berakhir tanpa sesuatu yang luar biasa.

Menurut sumber, mesyuarat yang dihadiri Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan daripada Kabinet Julai lalu hanya membincangkan tentang perkembangan politik semasa.

"Ia adalah satu platform biasa bagi Biro Politik berbincang. 

"Tidak ada yang khusus dan luar biasa berlaku. Ia adalah spekulasi pihak luar semata-mata," katanya selepas mesyuarat itu yang bermula pukul 9.30 pagi dan berakhir kira-kira pukul 11 pagi.

Hadir sama Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal yang turut digugurkan daripada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai menteri pembangunan luar bandar dan wilayah.

Sumber itu berkata, mesyuarat pada Isnin membincangkan tentang fokus Umno bagi memastikan kelangsungan perjuangan parti, keadaan politik semasa dan perkembangan yang berlaku akhir-akhir ini.

Ia diadakan dua hari sebelum Majlis Tertinggi Umno mengadakan mesyuarat pada Rabu ini.

Belum pun mesyuarat itu berlangsung, timbul spekulasi kononnya Muhyiddin dan Shafie akan dipecat daripada MT Umno.

Lima nama lain yang dikaitkan ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ketua Umno Bahagian Kulim Bandar Baru, Datuk Aziz Sheikh Fadzir; bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said; Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman dan Ketua Umno Bahagian Sepanggar, Datuk Jumat Idris.

Tags / Kata Kunci: MT Umno , Biro Politik Khas Umno

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan