Pengerusi, CEO The Edge Nafi Dakwaan Terlibat Konspirasi Politik

Diterbitkan: Isnin, 7 September 2015 8:26 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)  The Edge menafikan dakwaan bahawa mereka terlibat dalam konspirasi politik apabila menerbitkan artikel berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang terus membuat dakwaan tidak berasas terhadap kami dan The Edge Media Group," kata Pengerusi The Edge Tong Kooi Ong dan Penerbit dan CEO, Ho Kay Tat.

Tong dan Ho berkata, The Edge tidak mempunyai sebarang agenda politik apabila menerbitkan artikel mengenai masalah yang dihadapi 1MDB.

"Kami menyiarkan pelbagai artikel mengenai 1MDB sejak 2013 apabila ia semakin jelas berdepan masalah kewangan.

"Sebagai syarikat media perniagaan, minat terhadap isu 1MDB hanya semata-mata bertujuan membongkar apa yang terjadi dalam 1MDB dan pelbagai urusan kewangan serta perniagaan yang dibuatnya sejak beroperasi pada 2009," kata mereka dalam satu kenyataan bersama pada Isnin.

Mereka menegaskan akhbar tersebut tidak pernah mengaitkan Perdana Menteri atau kerajaan secara amnya kepada permasalahan yang dihadapi 1MDB.

"Kami tidak pernah memberikan 1MDB spin politik dalam mana-mana artikel kami.

"Kami hanya mendedahkan isu pentadbiran korporat dan meletakkan pihak pengurusan, ahli lembaga pengarah dan beberapa pihak ketiga yang terlibat dengan 1MDB bertanggungjawab atas apa yang terjadi, sepertimana yang seharusnya berlaku pada mana-mana entiti korporat," katanya. 

Kenyataan tersebut dikeluarkan sebagai reaksi balas terhadap artikel yang disiarkan akhbar New Straits Times pada Isnin yang mendakwa wujud konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang melibatkan beberapa pemimpin dan editor Sarawak Report.

Akhbar itu menghasilkan petikan perbualan menerusi WhatsApp membabitkan Rewcastle-Brown, pengurusan kanan Kumpulan Media 'The Edge' iaitu Datuk Tong Kooi Ong dan Ho Kay Tat serta Xavier Andre Justo, dari Mac hingga Jun tahun ini.
Tags / Kata Kunci: The Edge , Sarawak Report , 1MDB

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan