Dr Mohd Zainul Fithri, Presiden Jati Baharu - Berita Semasa | mStar

Dr Mohd Zainul Fithri, Presiden Jati Baharu

Diterbitkan: Isnin, 7 September 2015 12:23 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Jalur Tiga Malaysia (Jati) pada Isnin mengumumkan pelantikan Prof Datuk Dr Mohd Zainul Fithri sebagai presidennya yang baharu.

Ketua Penerangan Jati, Farrah Shareeza Ibrahim berkata pelantikan Mohd Zainul dicapai dalam mesyuarat exco Jati pada 25 Ogos lepas.

"Beliau menggantikan Datuk Aidit Ghazali yang meletak jawatan pada tarikh yang sama.

"Bagi jawatan timbalan presiden, ia disandang Dr Fauzi Shaffie, naib presiden disandang oleh Kapten (B) Dr Samsuddin Munir manakala jawatan lain dalam exco Jati kekal tanpa sebarang perubahan," katanya dalam satu kenyataan.

Farrah berkata Jati akan terus fokus terhadap tiga aspek utama iaitu mengagungkan Islam, memartabatkan bangsa Melayu dan mendaulatkan institusi raja atau singkatannya IMR.

Jati juga berperanan sebagai jurucakap umat, penyelesai masalah penggabungan dan penyatuan, katanya.

Tags / Kata Kunci: Jati , Presiden
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan