Operasi Jejaki Tujuh Kanak-Kanak Orang Asli Hilang Sudah Terlambat

Diterbitkan: Isnin, 7 September 2015 8:00 AM

Operasi mencari tujuh kanak-kanak itu giat dijalankan.

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Operasi bagi menjejaki tujuh kanak-kanak Orang Asli yang masih hilang sejak 25 Ogos lalu, didakwa dimulakan terlalu lambat.

Midah Angah, ibu kepada dua daripada tujuh kanak-kanak SK Tohoi yang hilang itu berkata beliau merasakan seolah-olah tiada apa yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan anaknya itu walaupun operasi mencari besar-besaran sedang dijalankan.

"Saya rasa usaha sudah terlambat dan saya percaya anak-anak saya sudah meninggal kerana mereka tiada kemahiran untuk tinggal di dalam hutan begitu lama dan ... saya bimbang tentang keselamatan mereka," kata wanita berusia 38 tahun itu.

Beliau menyifatkan dua anaknya yang hilang itu, Norieen, 10, dan Haikal, 8, sebagai anak yang manja.

Suami Midah meninggal dunia akibat penyakit batuk kering kira-kira lapan tahun lalu.

Mereka dikurniakan tujuh anak dengan dua yang hilang itu sebagai paling bongsu dalam keluarga.

"Saya berterima kasih kepada pihak berkuasa yang mencari anak saya tetapi mereka sepatutnya memulakan operasi mencari besar-besaran pada hari mereka dilaporkan hilang.

"Ia hanya dilakukan sekarang dan saya lihat sekarang ianya sudah terlambat," kata Midah.

Menurut beliau, terdapat pagar yang berlubang di perkarangan asrama sehingga memudahkan pelajar untuk masuk ke dalam hutan berdekatan.

SK Tohoi terletak kira-kira 50km dari sini dan hanya boleh dihubungkan dengan jalan utama menggunakan kenderaan pacuan empat roda atau motosikal.

Sekolah tersebut dibuka pada 1982 dan diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.

Kini sekolah tersebut mempunyai 225 murid dan 15 guru.

Pada 25 Ogos lalu, Norieen dan Haikal bersama-sama dengan Mirsudiar Aluj, 11; Ika Ayel, 9; Sasa Sobrie, 8; Linda Rosli, 8;  dan Juvina David, 7; masuk ke dalam hutan simpan Tohoi kerana ingin melarikan diri daripada hukuman akibat mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran.

Operasi mencari dan menyelamat hanya dijalankan tiga hari selepas laporan mengenai orang hilang dibuat.

Kira-kira lebih 100 anggota polis, Rela, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan dan 180 penduduk Orang Asli terlibat dalam operasi pencarian itu.

Tags / Kata Kunci: Orang Asli , hilang , SK Tohoi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan