Empat Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Setakat 8 Pagi

Diterbitkan: Isnin, 7 September 2015 11:51 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Empat kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat melebihi 100 setakat 8 pagi Isnin.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan terlibat ialah  Muar, Johor (109), Bandaraya Melaka (106), Bukit Rambai (105) serta Nilai, Negeri Sembilan (104).

Bacaan IPU sederhana direkodkan di 26 kawasan manakala 20 kawasan lagi mencatat bacaan IPU baik.

Antara kawasan yang merekodkan bacaan IPU sederhana ialah Seremban (92),  Port Dickson (80), Samarahan (85), Kuching (78) dan Sri Aman (64).

Bacaan IPU sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Tags / Kata Kunci: IPU , Jerebu

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan