Henti Sebar Khabar Angin Berkaitan Kehilangan Kevin - KPN - Berita Semasa | mStar

Henti Sebar Khabar Angin Berkaitan Kehilangan Kevin - KPN

Diterbitkan: Isnin, 7 September 2015 12:01 AM

Khalid Abu Bakar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta orang ramai agar tidak menyebar khabar angin berkaitan kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais.

"PDRM (Polis Diraja Malaysia) nasihatkan; hentikanlah menyebar khabar angin seperti di bawah yang mengelirukan orang ramai," katanya menerusi laman twitter rasminya pada Ahad.

Khalid berkata demikian sebagai merujuk kepada satu tulisan oleh seorang pengguna twitter yang mendakwa bahawa sebuah kereta yang ditemui di Hutan Melintang, Perak pagi Ahad adalah milik Kevin Morais.

Beliau didakwa terlibat dalam siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pemilik akaun Twitter itu turut memuat naik tiga keping gambar kereta yang didakwanya milik Kevin Morais.

Kevin Morais dilaporkan kali terakhir dilihat pada Jumaat lepas, meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur untuk ke pejabatnya di Putrajaya.

Beliau dikatakan memandu Proton Perdana berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q.

Pada Ahad, polis menemukan sebuah kereta terbakar di Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak, yang dipercayai hampir sama dengan model kereta yang digunakan oleh pegawai itu.

Bagaimana pun polis tidak mengesah atau menafikan bahawa kenderaan yang ditemui itu milik Kevin Morais.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan