"Baju Merah" Tidak Wakili Suara Melayu - Pertubuhan Islam

Diterbitkan: Isnin, 7 September 2015 10:31 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sekumpulan 16 organisasi dan individu menentang perhimpunan "baju merah" - anti Bersih 4 dengan menegaskan penganjuran himpunan tersebut tidak mewakili suara orang Melayu.

Kumpulan tersebut berkata perhimpunan yang dirancang oleh "baju merah" semasa sambutan Hari Malaysia adalah berunsur provokatif.

"Mereka juga membangkitkan tempat yang dipilih, termasuk penggunaan gambaran pahlawan bersenjatakan keris yang didakwa mereka berniat memprovokasi dan mengugut.

“Namun demikian, kita tidak menebus kehormatan dan maruah kita dengan menyalahkan kaum lain, walhal golongan politik elit yang kononnya 'berjuang untuk agama dan bangsa" hanya ingin berpaut kepada kuasa.

“Tetapi (mereka) telah kehilangan legitimasi untuk mentadbir kerana dakwaan serius rasuah, salah urus tadbir dan penyalahgunaan kuasa,” kata kumpulan tersebut dalam satu kenyataan media.

Kumpulan tersebut turut merakamkan penghargaan kepada pihak polis kerana melarang perhimpunan Baju Merah.

“Ia melenyapkan potensi berlakunya keadaan yang tidak terkawal, yang berlandaskan sentimen perkauman dan ketaksuban, yang mengancam keharmonian antara kaum,” kata mereka.

Jelas kumpulan tersebut, mana-mana perhimpunan yang berbaur persengketaan antara kaum harus ditangani dengan pantas.

"Kami menggesa Polis Diraja Malaysia sekali lagi bertindak secara profesional untuk mengekalkan keamanan dan ketenteraman pada masa-masa yang tidak menentu," kata kumpulan tersebut.

Kenyataan tersebut mewakili kumpulan pertubuhan Islam dan individu yang terdiri daripada Muslim Professionals Forum, Pertubuhan IKRAM Malaysia, Islamic Renaissance Front, Persatuan Perubatan Islam Malaysia, Dr Amir Farid Isahak, Jihad For Justice, We are Malaysians, Kongres India Muslim Malaysia.

Persatuan Pembangunan Tamil Muslim Ipoh, Persatuan Kebajikan Muslim Kinta, G25, Persatuan Promosi Harmoni Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia, Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia, Research & Information Centre on Islam dan Presiden Persatuan Staf Akademiki Universiti Islam Antarbaangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik.


 

Tags / Kata Kunci: Himpunan Baju Merah

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan