Tiada Kes Mers-Cov Dilaporkan Setakat Ini - Tabung Haji

Diterbitkan: Ahad, 6 September 2015 4:00 PM

Abdul Azeez Abdul Rahim

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Belum ada sebarang kes penyakit Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah (Mers-Cov) dalam kalangan jemaah haji dilaporkan setakat ini.

Pengerusi Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pihaknya sentiasa memantau rapi tahap kesihatan para jemaah melalui petugas di Tanah Suci khususnya daripada pasukan perubatan.

"Walaupun cuaca panas, kita ada petugas-petugas yang proaktif dan mereka ada pengalaman sejak tahun-tahun lepas mengenai Mers-Cov," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan zakat perniagaan di Istana Anak Bukit di sini, Ahad.

Katanya, setakat ini, hanya dua kematian dicatatkan melibatkan jemaah negara iaitu dua wanita masing-masing dari Pahang dan Ampang, Selangor yang berpunca daripada serangan jantung.

Abdul Azeez berkata sehingga hari ini, hampir 13,000 jemaah haji negara telah selamat sampai ke Tanah Suci dan kira-kira 8,000 lagi jemaah sedang dalam perjalanan.

"Penerbangan terakhir pada 17 September ini, keseluruhannya terdapat 64 penerbangan ke Tanah Suci," katanya.

Jumlah keseluruhan jemaah haji Malaysia yang akan menunaikan ibadah haji musim 1436H ialah seramai 22,320 jemaah.

Terdahulu, Lembaga Tabung Haji menyerahkan wang zakat perniagaan sebanyak RM3,977,165.86 bagi tahun 2014, kepada Jabatan Zakat Negeri Kedah.

Ia disampaikan Abdul Azeez kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Anak Bukit.

Pembayaran zakat perniagaan bagi negeri Kedah mencatatkan peningkatan sebanyak RM208,037.73 (5.5 peratus) berbanding RM3,769,128.13 pada 2013. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Mers-Cov , Tabung Haji

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan