PAS Terengganu Desak Raja Kamarul Letak Jawatan Sebagai Ahli Parlimen

Diterbitkan: Ahad, 6 September 2015 10:55 PM

Raja Kamarul Bahrin Shah.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: PAS Negeri Terengganu pada Ahad mendesak Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen Kuala Terengganu kerana sudah menyertai Parti Amanah Negara (PAN) dan menjadi pengerusi untuk negeri Terengganu.

Pesuruhjaya PAS negeri, Satipul Bahri Mamat berkata tindakan itu perlu dilakukan Anggota Parlimen terbabit berdasarkan baiah yang ditandatanganinya pada 18 April 2013 di Rusila, Marang.

"Beliau secara sukarela telah melafazkan sumpah baiah itu di depan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, saksi-saksi, kepimpinan PAS dan calon PAS untuk pilihan raya umum ke-13 pada 2013.

"Antara yang terkandung dalam lafaz sumpah itu ialah beliau perlu meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen sekiranya meninggalkan parti, melompat parti atau dipecat," kata pada sidang media di sini Ahad.

"Selain itu, lafaz sumpah yang dibaca ialah sekiranya beliau melakukan perkara tersebut, maka pendapatannya dan elaun yang diterima sebagai wakil rakyat itu adalah haram.

"Sebab PAS Terengganu mendesak agar beliau segera meletak jawatan kerana beliau sendiri yang bersetuju untuk melakukan baiah ini ketika mahu menjadi calon," katanya.

Bagaimanapun, lafaz baiah bagi calon pilihan raya di Terengganu tidak membabitkan taklik perceraian talak tiga bersama isteri mereka kerana ia hanya dilaksanakan di Kelantan, katanya.

Beliau berkata desakan itu juga adalah selari dengan gesaan Abdul Hadi dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang mahu anggota PAS yang memenangi kerusi DUN serta Parlimen supaya meletakkan jawatan sekiranya mereka menyertai PAN.

Ditanya mengenai kemungkinan terdapat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Anggota Parlimen yang lain menyertai parti politik baharu itu, Satipul berkata pihaknya tiada lagi menerima sebarang laporan berhubung perkara itu.

Katanya sekiranya Raja Bahrin enggan meletak jawatan, terserah kepada rakyat untuk menilai integriti dan tahap profesionalisme anggota Parlimen itu.

PAN telah dilancarkan secara rasmi di peringkat Terengganu pada Jumaat lepas di Dungun.

Tags / Kata Kunci: PAS , Raja Bahrin

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan