Perkukuh Umno Demi Masa Depan Orang Melayu - Ismail Sabri - Berita Semasa | mStar

Perkukuh Umno Demi Masa Depan Orang Melayu - Ismail Sabri

Diterbitkan: Ahad, 6 September 2015 6:37 PM

Ismail Sabri Yaakob.

(Ubah saiz teks)

LABUAN: Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad meminta anggota Umno supaya terus memperkukuhkan parti itu kerana ia memberi kesan terhadap usaha memperjuangkan nasib orang Melayu pada masa depan.

"Jika Umno lemah, ia memberi kesan negatif kepada orang Melayu kerana Umno adalah parti Melayu terbesar yang dianggotai 3.7 juta ahli parti di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Labuan di sini.

Beliau juga kesal dengan tindakan segelintir anggota parti yang terpengaruh dengan dakyah pembangkang memburuk-burukkan pemimpin parti.

"Sekiranya Umno lemah, ia bukan sahaja ditanggung Presiden tetapi juga oleh seluruh anggota parti dan yang menjadi mangsa adalah orang Melayu," katanya.

Sementara itu, beliau berkata semua pihak berpendapat tindakan beberapa peserta perhimpunan Bersih 4 memijak gambar Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tidak boleh dimaafkan. 

Ismail yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata MCA juga mengutuk tindakan itu.

MCA sudah pun membuat kenyataanya mengutuk tindakan itu yang mana ia bertentangan dengan budaya sebenar masyarakat Cina.

Mereka pun ada sopan santun, tindakan ini tidak dipersetujui oleh seluruh masyarakat Cina, katanya.

Bagi saya mengeluarkan pandangan, kita benarkan, dan di bawah Akta Perhimpunan Aman, mereka boleh berhimpun tetapi di tempat yang telah dikenal pasti dan ditetapkan.

Mereka boleh bersuara dan sebelum ini pun mereka telah bersuara.

Tetapi dengan tindakan memijak gambar-gambar pemimpin adalah tindakan provokasi yang perlu ditangani kalau tidak akan mencetuskan masalah perkauman dalam negara, katanya.
Tags / Kata Kunci: Umno , Ismail Sabri Yaakob
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan