Najib Ajak Rakyat Kemuka Cadangan Untuk Bajet 2016

Diterbitkan: Ahad, 6 September 2015 11:55 PM

Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat untuk bersama-sama memberikan cadangan sebelum 15 September ini untuk dimasukkan dalam Bajet 2016 yang akan dibentang di Parlimen, 23 Oktober ini.

Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan, berkata cadangan tersebut boleh dikemukakan kepadanya menerusi laman webnya.

"Kerajaan sedang menyediakan #Bajet2016.Ada cadangan yang ingin diberikan kepada saya? Kemukakan sebelum 15 Sept di https://najibrazak.com/bajet2016/," katanya menerusi twit terbaru di akaun Twitternya, malam Ahad.

Laman web najibrazak.com/bajet2016/ itu turut memaparkan beberapa kategori yang sering menjadi fokus dalam Bajet-bajet sebelum ini.

Antaranya kos sara hidup, pembangunan luar bandar, perumahan, kesihatan, pengangkutan dan infrastruktur, pembangunan ekonomi, pendidikan dan keselamatan.

Selain itu, orang ramai diberi peluang mengemukakan cadangan-cadangan lain. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: Bajet 2015 , Najib Tun Razak

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan