Tabligh Wanita Dikesan Aktif Di Putrajaya - Ku Nan

Diterbitkan: Sabtu, 5 September 2015 5:13 PM

Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan Tengku Mansor

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendedahkan terdapat kumpulan yang mengaku sebagai tabligh bergerak aktif di sini sejak enam bulan lalu meminta alamat penduduk untuk digunakan bagi pendaftaran pengundi.

Lebih mengejutkan, kata Tengku Adnan yang juga anggota Parlimen Putrajaya, kumpulan tabligh berkenaan terdiri daripada wanita yang mana ia tidak sepatutnya berlaku.

"Kita naik hairan kerana tabligh sepatutnya lelaki tetapi yang kita kesan di Putrajaya ini tabligh perempauan.

"Yang saya terkilan mereka memasuki rumah penduduk bukan bawa ajaran Islam, tapi dia nak minta tuan rumah beri kebenaran supaya alamat rumah dia dapat digunakan oleh orang luar untuk jadi pengundi dalam Putrajaya," katanya.

Tengku Adnan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Persidangan Percambahan Minda Pengerusi, Pentadbiran dan Pegawai Syarak Masjid dan Surau Parlimen Putrajaya di sini.

Menjelas lanjut Tengku Adnan berkata kumpulan yang mendakwa sebagai tabligh itu bukan sahaja meminta alamat penduduk, tetapi turut menyebarkan dakyah dan fitnah terhadap kepimpinan negara.

"Saya telah tanya dengan masjid tabligh di Sri Petaling (sama ada) mereka ada hantar orang ke Putrajaya atau tidak kerana selalu bila mereka hantar saya akan dimaklumkan.

"Tetapi kali ini saya diberitahu masjid itu tiada kena mengena, sebaliknya parti politik tertentu yang melaksanakan perkara ini dalam Putrajaya," katanya sambil menasihati kawasan lain agar berhati-hati.

Tambahnya, beliau telah memaklumkan perkara itu kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan memberi amaran kepada kumpulan berkenaan laporan polis akan dibuat jika mereka meneruskan aktiviti itu.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: tabligh , Tengku Adnan Tengku Mansor

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan