MCA Selar DAP Kerana Bersikap Hipokrit - Berita Semasa | mStar

MCA Selar DAP Kerana Bersikap Hipokrit

Diterbitkan: Sabtu, 5 September 2015 9:23 AM

Datuk Chai Kim Sen

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: DAP diselar kerana bersikap hipokrit dengan berpura-pura sebagai sebagai parti inklusif sedangkan ia akan melakukan apa sahaja cara untuk memenuhi matlamat politiknya.

Pengerusi Biro Publisiti MCA, Senator Datuk Chai Kim Sen berkata DAP mengamalkan konsep 'pecah dan perintah' dan bersedia untuk memusnahkan hubungan kaum dan keharmonian negara.

"Di peringkat akar umbi, terutama di media sosial dan laman web pro-DAP ia menghasut sentimen perkauman di kalangan orang Cina untuk meraih sokongan.

"Demi kepentingan politik, ia sentiasa menyebarkan dan melakukan provokasi kebencian di kalangan penyokong Cinanya dan melihat setiap isu sebagai negatif bagi menunjukkan mereka sentiasa teraniaya dan mula untuk melibatkan diri dalam tindakan konfrontasi," kata Kim Sen.

Beliau berkata DAP, pada tahap hierarki yang lebih tinggi  berpura-pura mengamalkan kehidupan dalam masyarakat berbilang kaum sama ada dengan perkataan atau perbuatan, dan apabila ahli-ahli Melayu menyertainya, ia diumumkan dengan cara berprofil tinggi.

"Ini hanya untuk menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa ia adalah sebuah parti Cina yang 'berfikiran terbuka'," kata Kim Sen.
Tags / Kata Kunci: Datuk Chai Kim Sen , hipokrit
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan