MCA Komited Bantu Rakyat Tingkat Ekonomi - Liow

Diterbitkan: Sabtu, 5 September 2015 2:25 PM

Datuk Seri Liow Tiong Lai

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA terus komited membantu rakyat meningkatkan keupayaan ekonomi negara melalui 10 bidang fokus utama yang digariskan dalam fasa ketiga program transformasi parti itu, kata Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata MCA akan terus berkhidmat kepada rakyat dan berusaha gigih bagi memastikan ekonomi negara dibangunkan melalui pemerkasaan bidang pertanian, pelancongan, industri berasaskan perabot, pembelajaran teknik dan vokasional (TVET), teknologi maklumat dan komunikasi, logistik, neo-urbanisasi, 'one belt one road' (OBOR), keusahawanan dan kewangan.

"MCA berharap dapat mengenal pasti apakah masalah yang dihadapi oleh pengusaha dalam 10 bidang fokus tersebut dan bagaimana kita boleh membantu mereka (atasi masalah ini)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan 'Mapping 10 Economic Strategic Directions' di Wisma MCA di sini, Sabtu.

Beliau berkata sebagai contoh dalam bidang pertanian, MCA akan membantu mengenal pasti perkara yang boleh dilakukan supaya nilai hasil pertanian dapat ditingkatkan.

Bagi industri perabot pula katanya, eksport barangan itu juga perlu diperbanyakkan kerana ia menyumbang kepada sumber kewangan yang banyak kepada negara.

Liow menegaskan sebagai parti politik yang mewakili kaum Cina dalam pentadbiran, MCA memilih untuk memanfaatkan saluran yang betul dalam membantu rakyat menyelesaikan pelbagai cabaran yang dihadapi seperti dalam bidang ekonomi, sosial dan politik.

"Kami memilih untuk menjadi proaktif, kami bergerak dengan positif dan membina dalam menyelesaikan masalah ekonomi dengan mengadakan seminar bagi membincangkan masalah.

"Kami duduk dan mengeluarkan idea, marilah bekerja bersama-sama menyelesaikan cabaran yang dihadapi negara kita," katanya.
Tags / Kata Kunci: MCA , Datuk Seri Liow Tiong Lai

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan