Kualiti Udara Sederhana Pagi Ini

Diterbitkan: Sabtu, 5 September 2015 11:25 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di kebanyakan kawasan di seluruh negara adalah sederhana pagi Sabtu dan tiada kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), 40 kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana manakala 12 yang lain merekodkan bacaan IPU baik.

Bacaan IPU sederhana dicatatkan antara lain di dua kawasan di ibu negara iaitu Batu Muda (56) dan Cheras (55) selain di Putrajaya (59).

Perkara sama direkodkan di Selangor seperti Banting (66), Kuala Selangor (57), Pelabuhan Klang (80), Petaling Jaya (61) dan Shah Alam (71).

Bacaan sederhana turut dicatatkan di kebanyakan kawasan di Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Terengganu, dan Sarawak.

Sementara itu, kesemua kawasan di Sabah pula merekodkan bacaan IPU baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik; 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).


Orang ramai boleh merujuk laman web JAS di http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU di kawasan mereka.
Tags / Kata Kunci: IPU , kualiti udara , Jabatan Alam Sekitar

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan