Kawasan Carian MH370 Tidak Berubah - Ab Aziz

Diterbitkan: Sabtu, 5 September 2015 3:08 PM

Datuk Ab Aziz Kaprawi

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia mengekalkan kawasan pencarian pesawat Malaysia Airlines yang hilang di selatan Lautan Hindi walaupun Perancis mengesahkan serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion adalah milik MH370.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Karpawi berkata pengesahan itu menunjukkan pihak berkuasa melakukan operasi mencari di kawasan yang betul.

"Berdasarkan simulasi angin yang dilakukan Australia terhadap serpihan MH370, ia adalah konsisten dengan kawasan pencarian di dasar laut yang dilakukan di selatan Lautan Hindi.

"Kami akan memperhalusi kawasan pencarian dan membincangkannya dalam mesyuarat tiga pihak bulan ini," katanya kepada Bernama apabila diminta mengulas sama ada operasi pencarian dibuat di lokasi baharu sekitar kepulauan di pantai timur Afrika.

Beliau menegaskan pencarian tidak akan dibuat di kawasan kepulauan pantai timur Afrika iaitu Reunion, Madagascar, Mauritius dan Maldives sehingga ada serpihan baharu ditemui.

Khamis lepas, pendakwaraya Perancis mengumumkan seorang juruteknik Airbus Defense and Space (ADS-SAU) di Sepanyol yang membuat alatan untuk Boeing, secara rasmi mengenal pasti satu daripada tiga nombor yang ditemui pada serpihan itu adalah sama dengan nombor siri MH370 Boeing 777.

Serpihan sayap itu ditemui di pantai pulau jajahan Perancis itu pada 29 Julai lepas.
Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang daripada radar pada 8 Mac 2014 bersama 239 penumpang dan anak kapal.

Pada 6 Ogos lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion adalah sebahagian daripada pesawat itu.

Ketua Kajian dan Inovasi Universiti Kuala Lumpur, Prof Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian, percaya sebahagian daripada komponen pesawat MH370 akan dihanyutkan ke pantai.

"Komponen yang dibuat menggunakan komposit mudah terapung adalah panel kawalan di bahagian sayap, kemudi dan pintu pesawat," katanya.

Sementara itu, Selamat Omar, 62, bapa salah seorang penumpang MH370, meminta kerajaan melakukan pencarian di sekitar Pulau Reunion.

"Mereka tidak seharusnya terlalu fokus kepada Lautan Hindi. Mungkin mereka boleh menemui lebih banyak serpihan di pulau itu yang dapat membantu usaha mencari posisi pesawat berkenaan," katanya.

Seorang lagi anggota keluarga penumpang, Maira Elizabeth Nari, 19, turut sependapat dengan Selamat dengan berkata: "Mungkin mereka harus mencari lebih jauh di lebih banyak pulau."
Tags / Kata Kunci: MH370 , Datuk Ab Aziz Kaprawi , flaperon

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan