Jemaah Haji Tertua Malaysia Bersyukur Dapat Jejak Kaki Di Tanah Suci

Diterbitkan: Sabtu, 5 September 2015 6:36 PM

Sebli ketika menerima sumbangan BR1M pada usia 101.

(Ubah saiz teks)

MAKKAH: Sebli Mat, jemaah haji Malaysia tertua berumur 104 tahun bersyukur dapat menjejakkan kaki di Tanah Suci bagi menunaikan ibadat itu musim ini.

"Alhamdulillah, saya dapat juga bersujud kepadaNya di Tanah Suci ini," kata Sebli selepas doa dan harapannya untuk menjejakkan kaki buat pertama kalinya di bumi Makkah dan Madinah, akhirnya menjadi kenyataan.

Dilahirkan 21 Feb 1911, Sebli direkodkan sebagai jemaah haji Malaysia tertua untuk musim haji 1436H ini.

"Syukur, gembira dapat melihat Kaabah kali pertama, di Masjidil Haram, saya berdoa untuk semua," katanya ketika ditemui di penginapannya di Maktab 91, bangunan Rehab Janadriyah, di sini.

Beliau yang ditemani anak tunggalnya, Mohamad, 63, tiba di Madinah pada 22 Ogos lepas menerusi penerbangan KT18 dari Kuching, sebelum ke Makkah pada 30 Ogos lepas.

Sebli, kelahiran Miri, Sarawak itu pernah bekerja dengan sebuah syarikat minyak terkemuka yang beroperasi di Miri ketika di usia mudanya, nyata sentiasa positif dalam hidupnya, menjaga pemakanan dan sentiasa berbuat baik dengan semua orang.

"Ayah saya pernah ditawarkan untuk menunaikan haji pada tahun 2013, namun terpaksa menolak kerana masalah berkaitan pengiring. Ayah saya sekali lagi ditawarkan untuk menunaikan haji tahun ini dan Alhamdulillah, pihak Tabung Haji meluluskan rayuan saya untuk menjadi pengiring kepada ayah saya," kata Mohamad,  seorang pesara kerajaan yang pernah menunaikan haji pada 2008.

Mohamad berkata ayahnya masih sihat dan mampu berjalan, cuma mengalami sedikit masalah pendengaran.

"Ayah gembira dapat melaksanakan umrah, cuma semasa umrah, ayah berkerusi roda sebab dia agak letih mengharungi perjalanan menaiki bas dari Madinah ke Makkah selama lebih enam jam.

"Ayah saya berusia 104 tahun, saya pula 63 tahun, Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan ibadat kami," kata Mohamad.

Sementara itu, Pengurus Maktab 91, Hamid Awang berkata pihaknya memberi perhatian sewajarnya kepada mereka.

"Apa sahaja keperluan mereka, kita akan lakukan yang terbaik, kita akan membantu apa sahaja, yang diperlukan, bagi memastikan mereka dapat melaksanakan ibadat mereka dengan sempurna," katanya.--Bernama


Tags / Kata Kunci: Sebli Mat , haji , Makkah

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan