Ketua Audit Negara Sedia Audit Penubuhan DEIG

Diterbitkan: Sabtu, 5 September 2015 5:04 PM

Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas menyampaikan Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang di Majls Penganugerahan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri sempena sambutan Hari Jadi TYT yang Ke - 77 di Dewan Sri Pinang , Sabtu.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata, beliau tidak mempunyai masalah untuk menjalankan pengauditan terhadap penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG), jika ia berada di bawah bidang kuasanya.

Ambrin berkata buat masa ini beliau sedang menyemak dan meneliti butiran berhubung penubuhan syarikat terbabit.

"Yang (DEIG) ini memang saya sedang ikuti perkembangan sebab saya kena semak balik kuasa-kuasa yang diberikan kepada ketua audit negara di negeri-negeri.

"Memang macam di negeri Selangor, kuasa telah diberikan kepada saya untuk buat pengauditan kepada akaun kerajaan negeri Selangor dan juga badan-badan berkanun di negeri Selangor.

"Kita juga buat pengauditan pada anak-anak syarikat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Darjah-darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang di Dewan Sri Pinang, di sini, Sabtu.

Dalam upacara sempena sambutan ulang tahun ke-77 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas itu menyaksikan 162 orang menerima pingat dan darjah kebesaran masing-masing termasuk Ambrin.

Beliau menerima Darjah Panglima Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Datuk Seri. Lima lagi turut dianugerahkan darjah kebesaran yang sama.

Sebanyak 1,275 orang telah disenaraikan menerima darjah kebesaran dan pingat kehormatan negeri.

Ditanya tempoh yang akan diambil pihaknya menjalankan proses audit, Ambrin berkata beliau sedang menyemak kedudukan dari segi undang-undang yang dibenarkan di bawah Akta Audit dan menurut beliau ada proses yang perlu dipatuhi.

"Misalannya kalau pengauditan syarikat biasanya kita kena gazet dulu dan mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong (mengenai) mana-mana syarikat kerajaan yang nak diaudit oleh ketua audit negara. Kita dalam proses untuk mengenal pasti, kita ikut prosedur," katanya.

DEIG merupakan entiti yang ditubuhkan pada Disember lepas di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) bagi menguruskan sektor pelaburan, aset dan perniagaan anak-anak syarikat kerajaan negeri itu.

Bagaimanapun, beberapa anggota Dewan Undangan Negeri Selangor termasuk bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, melahirkan kebimbangan mereka terhadap ketelusan penubuhan DEIG yang dikatakan akan mengambil alih peranan MBI.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: DEIG , Ambrin Buang

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan