Flaperon: Pasukan Pencari MH370 Perlukan Lebih Banyak Maklumat

Diterbitkan: Jumaat, 4 September 2015 5:27 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai meminta para pakar memberi lebih banyak maklumat tentang flaperon yang dijumpai di luar pantai Pulau Reunion kepada pasukan pencari pesawat Malaysia Airlines MH370.

Sambil merujuk kepada pengumuman seorang pendakwa raya Perancis yang mengesahkan bahawa flaperon berkenaan berasal daripada pesawat itu, Liow menyuarakan harapan beliau agar para pakar dapat memberi maklumat terperinci kepada pasukan berkenaan, termasuk mengenai lokasi tepat alat itu dijumpai.

"Maklumat seperti ini akan membantu Kumpulan Kerja Strategik Pencarian meneruskan tugas mereka.

"Anggota keluarga dan orang tersayang mereka yang menjadi mangsa MH370 juga telah melalui detik-detik yang amat perit dan memilukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen MCA Terengganu di sini, Jumaat.

Liow berkata kerajaan akan meneruskan misi mencari pesawat itu bersama-sama China dan Australia.

Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada radar pada 8 Mac 2014.

Pada 6 Ogos tahun ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa flaperon yang dijumpai di wilayah Perancis itu adalah sebahagiaan daripada pesawat MH370.

Tags / Kata Kunci: MH370 , Lautan Hindi

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan