IACC: Pengerusi TI Terus Dikritik

Diterbitkan: Jumaat, 4 September 2015 2:38 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kelantangan Pengerusi Transparency International (TI) Jose Uqaz menyifatkan Malaysia sedang menghadapi krisis rasuah susulan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terus dikritik hebat.

Pengarah Bidang Hasil Utama Nasional (NKRA) bagi memerangi Rasuah Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Ravindran Devagunam menganggap kenyataan Uqaz sebagai tidak adil kerana kerajaan sentiasa komited untuk membanteras gejala rasuah.

"Kalau nak cakap kita sedang berhadapan krisis rasuah, saya rasa itu kenyataan tidak adil.

"Kenyataan itu tidak menggambarkan apa yang sudah dilakukan kerajaan dan telah dicapai selama ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas bengkel "Menangani Rasuah Skala Besar: Cadangan kepada Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Menentang Rasuah" pada Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) di sini, Jumaat.

Katanya, Malaysia merupakan negara pertama yang menerima Indeks Persepsi Rasuah (CPI) oleh TI sebagai kad laporan mengenai rasuah.

"Kedudukan kita meningkat sejak beberapa tahun ini. Kita juga masih komited membanteras rasuah sebagaimana yang dinyatakan Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) pagi tadi," katanya.

Sementara itu, Ravindran turut menyambut baik usaha kerajaan dalam menubuhkan jawatankuasa khas berkaitan dana politik.

"Ia satu permulaan yang bagus, satu usaha untuk mendekati bukan sahaja ahli politik tapi semua pihak," katanya.

Jelas beliau lagi, penubuhan jawatankuasa itu bukan sahaja bertujuan untuk mendidik wakil rakyat tetapi menyedarkan rakyat supaya memilih rakyat berdasarkan intelektual mereka.

"Penting untuk kita mendidik wakil rakyat kalau turun padang tak perlu bagi 'sagu hati' dan pemilihan wakil rakyat bergantung kepada tahap intelektual mereka ," katanya.

Tags / Kata Kunci: TI , IACC , Rasuah

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan