Kerajaan Jangan Tolak Isu Dibangkitkan Di Persidangan Antirasuah - Rafidah

Diterbitkan: Jumaat, 4 September 2015 1:45 PM

Rafidah Aziz antara yang terawal menyuarakan hasrat untuk tidak bertanding pada PRU-13.

Tan Sri Rafidah Aziz

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan tidak harus menolak isu-isu yang dibangkitkan dan kritikan yang dilontarkan kepada pemimpin-pemimpin negara pada Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) Ke-16, kata bekas menteri kabinet Tan Sri Rafidah Aziz.

Sambil menyifatkan ia sebagai 'mengaib dan memalukan negara', beliau berkata pemerhatian dan komen yang dibuat pada persidangan itu adalah 'kemuncak kepada suara majoriti rakyat'.

"Sekarang, dalam sidang global yang memberi fokus kepada rasuah, pemimpin-pemimpin kita sendiri sedang dipersoalkan...kerana isu-isu penting yang kita, majoriti rakyat Malaysia mahukan jawapan.

"Malaysia kini sedang menyaksikan perkara yang difikirkan tak akan berlaku, yang menyebabkan kemerosotan keyakinan orang lain terhadap kita," katanya dalam laman Facebook, Jumaat.

Rafidah berkata perasaan malu apabila warga asing menunjukkan beberapa salah laku adalah sesuatu yang menyakitkan dan ia ibarat 'menambah garam pada luka'.

"Tetapi kita tidak boleh menolak pemerhatian dan komen-komen itu. Ia adalah sah," katanya.


Pada persidangan itu beberapa persoalan telah dibangkitkan terhadap derma AS$700 juta yang diterima oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rafidah, yang merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sepanjang tempoh perkhidmatan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga menggesa pihak berkuasa untuk tidak membazirkan masa dan usaha menyoal siasat mereka yang menghadiri perhimpunan Bersih 4.

"Beri tumpuan untuk faham mengapa rakyat berdemonstrasi...seperti sebab-sebab yang menggerakkan mereka untuk pergi ke jalanan.

"Fokus untuk mendapatkan punca sebenar setiap isu ... dan selesaikannya sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang negara ini," katanya.

Bekas Ketua Wanita Umno juga mengingatkan Kerajaan bahawa dunia sedang memerhati bagaimana Malaysia mengendalikan isu-isu besar itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan