Pindaan Akta Hakmilik Strata Dibentang Di Parlimen Tahun Depan

Diterbitkan: Jumaat, 4 September 2015 3:07 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Cadangan pindaan Akta Hakmilik Strata (AHS) akan memudah cara permohonan hak milik strata khususnya bagi bangunan-bangunan lama yang diduduki sebelum 2007, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Dengan pindaan tersebut, proses pengeluaran hak milik strata akan dipermudahkan dengan pengecualian keperluan menyediakan dokumen-dokumen tertentu bagi tujuan permohonan dan kelulusan hak milik strata, katanya.

"Bila diluluskan di Parlimen nanti, kira-kira 300,000 kes untuk pangsapuri yang dibina seawal 70-an, 80an, tetapi tidak mempunyai geran dan hak milik akan dapat diselesaikan," katanya menambah pindaan tersebut dijangka dibentangkan pada sesi pertama Parlimen tahun depan.

Wan Junaidi bercakap kepada media selepas melakukan lawatan kerja rasmi ke Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan di sini, Jumaat.

Beliau berkata dengan pindaan itu juga, tindakan khusus terhadap individu yang melakukan kesalahan boleh diambil tanpa melibatkan keseluruhan pihak di bangunan terbabit.

Beliau berkata cadangan pindaan turut dibuat bersama-sama dengan pindaan kepada Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486) bagi memudahkan pengambilan tanah yang melibatkan skim-skim pembangunan berstrata serta tanah bawah tanah.

"Dengan pindaan ini, projek pembangunan yang memerlukan pengambilan sama ada keseluruhan skim strata, sebahagian skim atau melalui di bawah bangunan berstrata akan dipermudahkan.

"Sekiranya jika terdapat projek pembangunan sedemikian, kerajaan tidak lagi perlu mengambil keseluruhan skim," katanya.

Oleh itu, katanya, pindaan tersebut akan dapat menjimatkan kos pembangunan dan juga tidak memberikan kesan kepada penghuni yang tidak terlibat.

"Pindaan ini juga mengambil kira kesan-kesan pengambilan ke atas pemilik-pemilik petak termasuk jumlah pampasan dan pengeluaran hak milik sambungan selepas pengambilan," katanya.

Wan Junaidi berkata, sehingga kini sebanyak 1.2 juta hak milik telah didaftarkan dan ia merupakan 16.3 peratus daripada keseluruhan hak milik tanah di Semenanjung Malaysia.

Pada ketika ini, pejabat-pejabat tanah di seluruh Semenanjung sedang memproses 229,000 permohonan hakmilik strata untuk didaftarkan dan dianggarkan 300,000 permohonan hak milik strata masih belum didaftarkan kerana terdapat komplikasi perundangan.

Tags / Kata Kunci: Parlimen , Strata

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan