Shahrizat Kecewa 'Sifu' Mahathir Sertai Bersih

Diterbitkan: Khamis, 3 September 2015 5:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melahirkan kekecewaannya berhubung tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri perhimpunan Bersih 4.0 di ibu negara pada Sabtu dan Ahad lalu.

Menurut ketua wanita Umno itu, Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno sebelum ini mendidik ahli parti itu supaya mematuhi undang-undang dan tidak terlibat dengan perhimpunan jalanan.

"Tun Mahathir ajar kami supaya patuhi undang-undang, Tun ajar supaya jauhi demonstrasi jalanan.

"Tun adalah sifu kami. Kami ikut apa yang diajarnya. Sebab itu kami sangat-sangat kecewa," katanya pada sidang media di PWTC di sini, Khamis.

Pada malam Sabtu lalu, Dr Mahathir bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali membuat kunjungan mengejut ke Dataran Merdeka.

Beliau kemudiannya membuat kemunculan kedua pada hari berikutnya dan memberikan ucapan pada perhimpunan itu dengan mendakwa pemimpin Umno terlibat dengan rasuah.

Dr Mahathir kemudiannya menjelaskan menerusi kenyataan di blognya bahawa penyertaan beliau dalam perhimpunan itu bagi menunjukkan solidariti rakyat namun beliau bukan penyokong penganjur himpunan itu, Bersih 2.0.

Selain itu Shahrizat menegaskan bahawa Wanita Umno memandang serius insiden beberapa individu memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada perhimpunan Bersih 4.0.

Katanya insiden berkenaan adalah keterlaluan dan tidak boleh dimaafkan.

"Kami amat kecewa dengan Bersih. Perlakuan yang berlaku dalam Bersih tidak dapat kita maafkan. Wanita Umno tidak maafkan mereka yang menghina perdana menteri dan presiden Umno.

"Ini keterlaluan, bukan hanya langgar undnag-undang tapi peradaban orang Malaysia. Wanita Umno nak minta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kepada mereka yang langgar undang-undang dan menghina perdana menteri.

"Jangan biar perkara ini berulang lagi. Jangan perlekeh dan hina presiden kami seperti apa yang berlaku semasa Bersih. Wanita Umno tak akan maafkan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan