Polis Akan Ambil Keterangan Tun M Berhubung Ucapan Pada Bersih 4.0

Diterbitkan: Khamis, 3 September 2015 1:26 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis akan mengambil keterangan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung ucapannya pada perhimpunan Bersih 4.0.

"Kita akan panggil Tun Dr Mahathir Mohamad untuk disoal siasat tidak lama lagi," kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, sambil menambah bahawa beliau sendiri akan memaklumkan perkara itu kepada bekas perdana menteri.

Khalid berkata, sebagaimana siasatan lain, polis perlu mendapatkan keterangan Dr Mahathir berikutan terdapat laporan polis terhadap beliau.

"Kita menyiasat perkara ini di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas kesalahan fitnah," katanya pada Khamis.

Dr Mahathir dilaporkan membuat dakwaan mengenai rasuah semasa beliau menghadiri perhimpunan Bersih 4.0 pada Ahad lalu.

Khalid berkata, polis turut menganalisis rakaman video dan imej dalam perhimpunan itu bagi mengenal pasti identiti mereka dan mengambil tindakan terhadap sebarang salah laku.

Beliau menggesa mereka yang memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tampil kepada pihak polis.

"Terdapat juga dakwaan mengenai salah seorang peserta himpunan membuang air kecil pada mural Najib. Mereka yang terlibat perlu tampil ke hadapan dengan segera atau kami akan memburu anda," katanya.

Beliau menambah, pihak berkuasa tidak membenarkan perhimpunan itu diadakan namun disebabkan penganjur masih mahu meneruskannya maka pihak polis mengambil peranan untuk mengawal keselamatan.

"Kita akan memanggil lebih dari tujuh penganjur untuk disosial siasat bagi membantu siasatan," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan