Penganjur Bersih 4 Membisu Mengenai Akaun Sumbangan Awam

Diterbitkan: Khamis, 3 September 2015 12:05 AM

-foto AFP

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penganjur Perhimpunan Bersih 4 berkata mereka tidak akan bercakap mengenai butiran akaun sumbangan orang ramai yang mereka terima sehingga polis mendakwa mereka di mahkamah.

Pengerusi Bersih 4 Maria Chin Abdullah bagaimanapun menyatakan wang yang disumbang orang ramai berjumlah kira-kira RM2.45 juta.

"Mereka (polis) bertanya kami mengenai sumbangan itu, akaunnya, apakah kami mengiklan di media sosial dan berapa banyak telah kami belanjakan.

"Kami tidak menjawab semua soalan, kami berhak menutup mulut di bawah seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah dan kami akan menjawab semua soalan itu jika mereka mendakwa kami di mahkamah," katanya kepada pemberita selepas memberikan kenyataannya kepada polis di ibu pejabat Bukit Aman di sini mengenai perhimpunan Bersih 4.

Maria antara tujuh individu yang dipanggil polis ke Bukit Aman pada Rabu untuk membantu siasatan mengenai perhimpunan itu hujung minggu lepas.

Turut dipanggil ialah timbalan pengerusi Bersih 4 Sarajun Huda, bendaharinya Masjaliza Hamzah, anggota jawatankuasa Farhana Halim dan Fadiah Nadwa, anggota sekretariat Mandeep Singh dan aktivis pelajar Adam Adli.

Maria berkata mereka juga ditanya polis mengenai kandungan kenyataan media mereka pada 29 Julai berkaitan perhimpunan itu.

"Kami disoal siasat di bawah tiga seksyen - Seksyen 120, 124C dan 141 Kanun Keseksaan," kata beliau.

Maria berkata, penganjur tidak bertanggungjawab terhadap insiden beberapa peserta Bersih 4 memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Maria berkata memijak gambar tidak termasuk dalam program Bersih 4 dan mereka menentang tindakan seumpama itu dan tidak menyokong orang yang terlibat dalam insiden itu.
Tags / Kata Kunci: Bersih 4 , Maria Chin Abdullah

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan