Kualiti Udara Bertambah Buruk

Diterbitkan: Khamis, 3 September 2015 8:52 AM

Pemandangan Kuala Lumpur pada pukul 5 petang Rabu. Foto AZHAR MAHFOF/The Star

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kualiti udara di kawasan pantai barat menjadi zon tidak sihat pada pagi Khamis dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Batu Muda di Kuala Lumpur adalah 112.

Penduduk di kebanyakan kawasan di Lembah Klang turut dikejutkan dengan bau jerebu akibat asap daripada pembakaran terbuka di 130 kawasan panas di Sumatera.

Bacaan IPU antara 50 dan 100 dikategorikan sebagai sederhana dan bagi bacaan 100 ke atas adalah tidak sihat.

Bagi kawasan-kawasan lain pada pukul 7 pagi, bacaan IPU tidak sihat dicatatkan di Shah Alam (108), Pelabuhan Klang (108), Banting (102), Putrajaya (99) dan Cheras (100).

Di Negeri Sembilan, bacaan IPU di Nilai adalah 106 manakala Seremban (100).

Sementara itu, di utara, Alor Setar mencatatkan bacaan IPU 122, Kangar (101), Sungai Petani (108), Seberang Jaya 2, Perai (104).

Kawasan-kawasan lain yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat ialah Taiping (103), SK Jalan Pegoh, Ipoh (103), Seri Manjung (104) dan Jalan Tasek, Ipoh (93).

Keadaan jerebu di setiap kawasan adalah berbeza bergantung kepada perubahan arah angin. 

Tags / Kata Kunci: jerebu , indeks pencemaran udara , IPU

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan