Kerajaan Serius Banteras Rasuah - Zahid

Diterbitkan: Khamis, 3 September 2015 11:57 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia serius dalam membanteras gelaja rasuah dan ini terbukti dengan peningkatan jumlah sabitan kes, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya kadar sabitan kes oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah meningkat daripada 54 peratus pada 2009 kepada 78 peratus pada 2014.

"Dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI), kedudukan Malaysia meningkat tiga anak tangga daripada kedudukan ke-53 daripada 175 negara pada 2013 kepada kedudukan ke-50 pada 2014. Ini merupakan kedudukan kedua terbaik dalam ASEAN selepas Singapura," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Beliau berkata kerajaan berhasrat untuk melakukan usaha yang lebih baik dengan menetapkan sasaran menghuni kelompok 30 negara terbaik dalam senarai CPI menjelang 2020.

Ahmad Zahid berkata tahun lepas semakan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pencegahan Rasuah (UNCAC) memuji usaha kerajaan dengan menyatakan Malaysia "telah menerima syor untuk amalan terbaik dalam sejumlah 23 bidang, iaitu jumlah tertinggi daripada semula negara yang disemak semula.'

Ini termasuk ketiadaan undang-undang sekatan yang membantu menghalang pesalah mengelak pendakwaan, penubuhan 14 mahkamah antirasuah di mana hakim diarah mendengar kes dalam tempoh satu tahun dan boleh dipertanggungjawabkan kerana tidak mematuhi arahan itu.

Ia juga termasuk insiatitf dalam kalangan sektor swasta untuk memerangi rasuah dengan lebih 142,000 telah menandatangani ikrar integriti korporat, kata Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri.

Beliau berkata ini termasuk komitmen tahap tinggi untuk membanteras rasuah di peringkat antarabangsa di mana Malaysia telah memerima pujian kerana mengambil langkah-langkah untuk mempercepatkan prosedur ekstradisi dan memudahkan syarat untuk memperoleh bukti.

"Di negara-negara yang mempunyai tahap rasuah yang tinggi, usaha-usaha untuk menangani kemiskinan dan menggalakkan pembangunan terjejas akibat gelaja ini," katanya sambil menegaskan isu seperti itu tidak berlaku di Malaysia.

Ahmad Zaid berkata kadar kemiskinan di negara ini telah dikurangkan daripada 3.8 peratus pada 2009 kepada 0.6 peratus pada 2014.

Beliau berkata Malaysia menduduki ranking ke-18 daripada 189 negara dalam laporan mudah menjalankan perniagaan pada 2015 manakala 1MD Yearbook 2015 meletakkan Malaysia pada ranking ke-14 daripada 61 negara sebagai negara paling berdaya saing.

"Kita tidak mungkin dapat mencapai keputusan ini sekiranya gelaja rasuah tidak ditangani dengan kuasa penuh undang-undang," katanya.

Menyedari tema Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) ke-16 iaitu 'Mengakhiri Kekebalan' yang kini berlangsung di Putrajaya, timbalan perdana menteri itu berkata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan ditubuhkan semula pada sidang Parlimen akan datang dan siasatan yang dijalankan oleh badan itu sebelum ini akan diteruskan.

Katanya adalah malang untuk ketua-ketua pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa (NGO) datang ke Malaysia hanya untuk diperdayakan dengan dakwaan tidak berasa yang dikitar semula dan sengaja melibatkan diri mereka dalam politik dalaman negara.

"Kami yakin akan memenangi perang menentang rasuah ini dan terus melakukan pembaharuan untuk meningkatkan integriti dan ketelusan dalam sektor awam dan swasta.

"Mereka yang didapati melanggar undang-undang akan tetap didakwa. Perdana Menteri sudah pun menyatakan ini dengan jelas...biar saya ulangi bahawa tidak akan ada kekebalan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Ahmad Zahid Hamidi , Rasuah

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan